Friday, February 11, 2011

RPT TING 5

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN [ 2011 ]
PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN LIMA


MINGGU

NILAI

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

HASIL PEMBELAJARAN


CATATAN
/AKTIVITI
1
1.1 Kepercayaan kepada Tuhan
Mensyukuri Tuhan dan memahami kepentingan serta keperluan beragama
i.Melaksanakan tanggungjawab kepada Tuhan
ii. Menerima kenyataan setiap tindakan yang dilakukan akan mendapat pembalasan daripada Tuhan

1
1.2 Amanah
Merancang gaya hidup sihat dari segi pemikiran dan perlakuan berasaskan nilai amanah dan menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan seharian
i.Sentiasa mengamalkan sikap amanah dalam melaksanakan tugas dan kewajipan dengan tidak melibatkan diri dalam gejala rasuah

2
1.3 Harga Diri
Membuat keputusan yang menjurus kepada keupayaan yang memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan kerana setiap insane adalah istimewa
Menjaga dan mempertahankan maruah diri

2
1.4 Bertanggungjawab
Merancang masa depan dengan seimbang dan bertanggungjawab untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang demi kesejahteraan hidup
Merancang masa depan dengan penuh tanggungjawab

3
1.5 Hemah Tinggi
Membentuk peribadi mulia dan berhemah tinggi dengan mencontohi tokoh-tokoh yang berperibadi mulia
Menganmalkan sikap hemah tinggi seperti mana tokoh-tokoh yang berperibadi mulia

3
1.6 Toleransi
Mengamalkan sikap toleransi bagi menjamin keharmonian Negara
Bertolak ansur dan menerima dasar Negara yang dilaksanakan demi keharmonian Negara

4
1.7 Berdikari
Menyedari dan mengamalkan bagi sikap berdikari untuk menjamin kemajuan Negara
Berusaha sendiri sehingga berjaya demi Negara



4
1.8 Kerajinan
Melahirkan pelajar yang dedikasi, cekal dan tekun
Bersikap rajin dengan mencontohi kejayaan peristiwa silam sebagai panduan untuk berjaya


5

CUTI    TAHUN    BARU    CINA


6
1.9 Kasih Sayang
Mengamalkan budaya penyayang sebagai pegangan hidup dalam menjamin kesejahteraan masyarakat
Mengambil berat dan melibatkan diri dalam menandani pelbagai masalah dalam masyarakat

6
1.10 Keadilan
Menyedari kepentingan amalan keadilan dalam pentadbiran kerajaan sebagai teras kesejahteraan Negara
Akur dengan prinsip keadilan yang dipraktikkan dalam pentadbiran kerajaan

7
1.11 Rasional
Mampu menyelesaikan masalah secara objektif dan menyeluruh
Menyelesaikan masalah dengan bujaksana dan konsisiten

7
1.12 Kesederhanaaan
Memupuk sikap kesederhanaan untuk menjamin keseimbangan pembangunan Negara
Menghargai dan menyokong usaha kerajaan dalam menyeimbangkan pembangunan insan dan fizikal

8
2.1Kasih Sayang Terhadap Keluarga
Memupuk sikap tanggungjawab dan kasih saying terhadap anggota keluarga
i. Menjaga ibu bapa dengan penuh kasih saying
ii. Menjaga anggota keluarga yang memerlukan perhatian

8
2.2 Hormat an Taat kepada anggota Keluarga
Memuliakan dan menghormati sesame anggota keluarga
Menghormati dan menerima asuhan keluarga

 9
2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan
Menyedari kepentingan pengekalkan tradisi kekeluargan
Menghargai dan menjunjung tradisi keluarga sebagai khazanah budaya bangsa

9
2.4 Tanggungjawab terhadap keluarga
Menjanakan kewajipan terhadap keluarga untuk kesejahteraan
i.Melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota keluarga demi menjaga keharmonian keluarga
ii. Menerima dan menghormati tanggungjawab ibu bapa sebagai pemimpin keluarga


10

UJIAN    BERKALA     1



11
3.1 Menyayangi dn menhargai alam sekitar
Menyedari peranan dan tanggungjawab agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan dan mencegah eksploitasi sumber yang berlebihan
Menerima wujudnya badan-badan yang bertanggungjawab terhadap pencegahan ekspoitasi sumber dan menyokong usaha-usaha yang dijalankan

12
3.2 Kehormonian antara manusia dengan alam sekitar
Menyedari kepentingan cara manusia menguruskan alam dengan bersama
i. Menyokong usaha mengurus alam secara bersama
ii. mnerima hakikat bahawa sumber alam yang tidak diurus dengan bersama akan mengakibatkan bencana alam

13
3.3 Kemapanan Alam Sekitar
Mengetahui kepentingan dan mematuhi peraturan dan undang-undang berkaitan dengan kemapanan alam sekitar
Menerima dan mamatuhi peraturan dan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar agar menjamin keseimbangan alam

14
3.4 Peka Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar
Menyedari masa depan manusia dan alam sekitar bergantung pada tindakan masa kini
i. Menguruskan sumber semulajadi dengan penuh tanggungjawab
ii. Menggunakan ciptaan manusia dengan bertanggungjawab tanpa memusnahkan alam sekitar

15
4.1 Cinta Akan Negara
Menyedari kehormonian masyarakat majmuk sebagai asas kesejahteraan Negara
Peka dengan kepelbagaian agama dan budaya dalam mesyuarat Malaysia

16
4.2 Taat setia kepada Raja dan Negara
Menyedari kepentingan menjaga kedaulaan Negara, pertahanan dan keselamatan merupakan tanggungjawab bersama
i. mengelakkan diri daripada terlibat dengan anasir –anasir subversive yang akan mengancam keselamatan Negara
ii. mencurah bakti dengan taat setia demi kedaulatan Negara

17
4.3 Sanggup Berkorban untuk Negara
Menanamkan semangat patriotic mengharumkan nama Negara dengan melakukan pengorbanan dan menyumbangkan khidmat bakti sehingga ke peringkat antara bangsa
i. kesanggupan berkhidmat dan bertindak mewakili Negara dalam pelbagai bidang
ii. meneroka aktivit baru dan mencabar untuk mengharumkan nama Negara


18-20

PEPERIKSAAN    SELARAS    PERTENGAHAN    TAHUN


21
5.1 Melindungi hak kanak-kanak
Menghormati dan melindungi hak kanak-kanak
Menyedari dan menerima peranan pelbagai pihak dalam memberi pelindungan terhadap kanak-kanak

21
5.2 Menghormati Hak Wanita
Menghormati dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam Negara
Mengiktiraf sumbangan wanita dalam pelbagai bidang demi pembangunan Negara

22
5.3 Melindungi Hak Pekerja
Menghargai sumbangan golongan pekerja
Menerima dan mematuhi undang-undang yang melindungi hak pekerja

22
5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang Upaya
Mengiktiraf sumbangan golongan kurang berupaya dalam pembangunan Negara
Menerima bahawa golongan kurang berupaya juga dapat menyumbang dalam pelbagi bidang demi pembangunan Negara

23
5.5 Melindungi Hak Pengguna
Melindungi dan menjamin hak pengguna
Menyokong usaha pelbagai pihak dalam melindungi dan menjamin hak pengguna

23
6.1 Mematuhi Peraturan  dan Undang-undang
Memahami undang-undang antarabangsa demi menjamin keamanan sejagat
Menerima dan mematuhi undang-undang antarabangsa bagi menjamin keamanan sejagat

24
6.2 Kebebasan Bersuara
Memahami dan menggunakan  media sebagai saluran komunikasi secara bertanggungjawab
i. memahami peranan media sebagai alat perhubungan
ii. mengunakan saluran media dengan bertanggungjawab demi kebaikan bersama

24
6.3 Kebebasan Beragama
Memahami bahawa setiap individu bebas melakukan kewajipan agama masing-masing
Menerima bahawa setiap individu bebas dan berhak melakukan kewajipan agama masing-masing

25
6.4 Penglibatan Diri Dalam Pembangunan Negara
Memupuk rasa tanggungjawab dan peranan rakyat dalam pembangunan
i. Melibatkan diri dalam aktiviti badan sukarela untuk membangunkan Negara
ii. menyokong dan menjayakan projek dan program pembangunan Negara

26
6.5 Sikap Keterbukaan
Menimbulkan kesedaran bahawa setiap masalah boleh diatasi mangikut salinan yang betul dengan mengamalkan sikap keterbukaan

Menerima bahawa setiap masalah boleh diatasi mengikut saluran yang betul


27



UJIAN      BERKALA      2


28
7.1 Hidup Bersama Secara Aman
i. Menyedari keharmonian global adalah tanggunjawab bersama
ii. Memahami peranan pertubuhan –pertubuhan antarabangsa dalam meningkatkan persefahaman bersama

i. Menyedari dan menyokong peranan pertubuhan antarabangsa dalam menjamin kesejahteraan sejagat
ii. Menyeranaikan fungsi pertubuhan antarabangsa seperti PBB

29
7.2 Saling Membantu dan bekerjasama
Mengetahui kepentingan kerjasama antara Negara dalam pelbagai bidang
Menyokong dan membantu usaha-usaha kerajaan dalam pelbagai bidang bagi mewujudkan kerjasama di peringkat antarbangsa

30
7.3 Saling Menghormati Antara Negara
Memahami dan menyedari kepentingan mewujudkan perhubungan baik antara Negara bagi menjamin kebaikan bersama
i. menyatakan pelbagai program yang telah dilaksanakan bagi mewujudkan hubungan baik antara Negara
ii. interaksi dengan rakan daripada Negara jiran melalui Internet atau surat-menyurat

31-32
LATIH      TUBI      KECEMERLANGAN      SPM
33-35
PEPERIKSAAN      PERCUBAAN      SPM
36
PERBINCANGAN      JAWAPAN      PERCUBAAN      SPM
37-38
ULANGKAJI      KECEMERLANGAN      SPM
39
CUTI       PERAYAAN       DEEPAVALI
40-41
ULANGKAJI      KECEMERLANGAN      SPM
42
PEPERIKSAAN      SPM      2011

No comments:

Post a Comment