Thursday, March 10, 2011

Teknik Menjawab Soalan PeperiksaanPendidikan Moral SPM


Soalan Struktur

Contoh bentuk soalan:
(i)            Nyatakan/berikan/tuliskan/catatkan nilai
                - 1 nilai diberi 1 markah
                Syarat: Nilai yang ditulis mesti betul dari segi ejaan dan susunan kata.

(ii)           Huraikan/terangkan/jelaskan nilai
-       Terpulang kepada jumlah nilai yang ditanya dan markah yang diperuntukkan dalam soalan.
Syarat: Nilai harus betul, jika tidak, keseluruhan jawapan adalah salah.

Contoh 1: Terangkan 2 nilai……(6markah)
                        1 N + 1 P + 1 H
                        1 N + 1 P + 1 H

                P = penerangan yang mengandungi kata kunci
                H = penerangan kepada contoh amalan nilai
               
               
Contoh 2: Jelaskan 1 nilai….(3markah)
                         1 N +  1 P + 1 H
Contoh 3: Terangkan 3 nilai….(6markah)
                        1 N +  1 P
                        1 N +  1 P
                        1 N +  1 P

Contoh 4: Huraikan 2 nilai….(4markah)
                        1 N +  1 P
                        1 N +  1 P
                      
(iii)          soalan yang berkaitan dengan maksud /definisi nilai.
                Contoh: Berikan maksud nilai (a) di atas.
                Syarat: Pemarkahan terpulang kepada jumlah kata kunci nilai tersebut.

(iv)           contoh soalan yang berkaitan dengan isi kandungan akademik.
Contoh: berikan /jelaskan kesan/akibat/langkah-langkah/cara-cara/faktor-faktor/tindakan/perkara/peranan/aktiviti

·          Berikan – hanya tuliskan kesan/akibat sahaja
·          Jelaskan/terangkan – tuliskan jawapan dan diikuti dengan penerangan


(B)   Peringatan

(i)                     Nilai mesti ditulis dengan tepat
(ii)                    Ejaan mesti betul
(iii)                  Penambahan dan pengguguran imbuhan tidak dibenarkan
(iv)                  Singkatan kata dalam nilai tidak diterima
(v)                   Jangan menggunakan perkataan ’tidak’ di hadapan nilai
(vi)                  Mesti tulis ayat yang lengkap.
(vii)               Jika soalan berbunyi : jelaskan dua nilai yang harus/mesti/patut......maka jawapan mesti berbunyi,              
                  [         ] harus/mesti/patut mengamalkan nilai.[                ].
(viii)             Penerangan yang tidak mengandungi kata kunci tidak diberi markah.
(ix)               Calon dibenarkan menulis satu jawapan lebih bagi setiap soalan yang ditanya.


Soalan Esei

Peringatan

(i)                  jawapan harus ditulis dalam satu perenggan sahaja
(ii)                jangan senaraikan nilai
(iii)             jawapan yang dikehendaki meliputi 2 nilai, 4 penerangan dan 4 huraian sahaja.
(iv)              Calon boleh menulis 3 nilai (maksimum)
(v)                Penerangan mesti mengandungi kata kunci
(vi)             Huraian mestilah perbuatan yang menunjukkan amalan nilai tersebut
(vii)          Semua jawapan mesti ditulis dalam ruang yang disediakan. Jawapan yang ditulis dalam A4 yang diikat bersama 
             tidak akan disemak



N1 + P1 + H1 + P2 + H2 = 5 markah

N2 + P3 + H3 + P4 + H4 = 5 markah

No comments:

Post a Comment