Tuesday, March 15, 2011

Perancangan Perbelanjaan

SMK TUN MUTAHIR}
 75350 BATU BERENDAM, MELAKA
PERANCANGAN PERBELANJAAN PANITIA: PENDIDIKAN MORAL
TAHUN:2011
PERUNTUKAN: RM 2345.10 (PCG)
PENERIMAAN
PERBELANJAAN

TAIRIKH
PERIHAL
AMAUN
TARIKH
PERIHAL

AMAUN
31/12/2010
Baki 2010
138.30
Jan 2011
Kertas A4[10 rim]

80.00
Jan 2011
Peruntukan 2011
2345.10
Mac 2011
Artline ink refill
 [36 botol]
180.00



Mac 2011
 Catridge printer Canon[1]
130.00



Mac 2011
Poket fail ( 160)

96.00



Mac 2011
Kertas mahjung  [100 helai ]
50.00




Hadiah untuk program “student reward”
200.00




Bahan fotostat latihan ( ting1- 3 )
300.00




Latih tubi (ting 4&5)

300.00




Modul latih tubi SPM ting 5
500.00




Hadiah/cenderahati Program@ aktiviti moral
520.00
















BAKI
127.40

JUMLAH
2483.40

JUMLAH

2483.40
Disediakan oleh:PN LIM KIM CHU
KETUA PANITIA/UNIT : PENDIDIKAN MORAL

Thursday, March 10, 2011

Teknik Menjawab Soalan PeperiksaanPendidikan Moral SPM


Soalan Struktur

Contoh bentuk soalan:
(i)            Nyatakan/berikan/tuliskan/catatkan nilai
                - 1 nilai diberi 1 markah
                Syarat: Nilai yang ditulis mesti betul dari segi ejaan dan susunan kata.

(ii)           Huraikan/terangkan/jelaskan nilai
-       Terpulang kepada jumlah nilai yang ditanya dan markah yang diperuntukkan dalam soalan.
Syarat: Nilai harus betul, jika tidak, keseluruhan jawapan adalah salah.

Contoh 1: Terangkan 2 nilai……(6markah)
                        1 N + 1 P + 1 H
                        1 N + 1 P + 1 H

                P = penerangan yang mengandungi kata kunci
                H = penerangan kepada contoh amalan nilai
               
               
Contoh 2: Jelaskan 1 nilai….(3markah)
                         1 N +  1 P + 1 H
Contoh 3: Terangkan 3 nilai….(6markah)
                        1 N +  1 P
                        1 N +  1 P
                        1 N +  1 P

Contoh 4: Huraikan 2 nilai….(4markah)
                        1 N +  1 P
                        1 N +  1 P
                      
(iii)          soalan yang berkaitan dengan maksud /definisi nilai.
                Contoh: Berikan maksud nilai (a) di atas.
                Syarat: Pemarkahan terpulang kepada jumlah kata kunci nilai tersebut.

(iv)           contoh soalan yang berkaitan dengan isi kandungan akademik.
Contoh: berikan /jelaskan kesan/akibat/langkah-langkah/cara-cara/faktor-faktor/tindakan/perkara/peranan/aktiviti

·          Berikan – hanya tuliskan kesan/akibat sahaja
·          Jelaskan/terangkan – tuliskan jawapan dan diikuti dengan penerangan


(B)   Peringatan

(i)                     Nilai mesti ditulis dengan tepat
(ii)                    Ejaan mesti betul
(iii)                  Penambahan dan pengguguran imbuhan tidak dibenarkan
(iv)                  Singkatan kata dalam nilai tidak diterima
(v)                   Jangan menggunakan perkataan ’tidak’ di hadapan nilai
(vi)                  Mesti tulis ayat yang lengkap.
(vii)               Jika soalan berbunyi : jelaskan dua nilai yang harus/mesti/patut......maka jawapan mesti berbunyi,              
                  [         ] harus/mesti/patut mengamalkan nilai.[                ].
(viii)             Penerangan yang tidak mengandungi kata kunci tidak diberi markah.
(ix)               Calon dibenarkan menulis satu jawapan lebih bagi setiap soalan yang ditanya.


Soalan Esei

Peringatan

(i)                  jawapan harus ditulis dalam satu perenggan sahaja
(ii)                jangan senaraikan nilai
(iii)             jawapan yang dikehendaki meliputi 2 nilai, 4 penerangan dan 4 huraian sahaja.
(iv)              Calon boleh menulis 3 nilai (maksimum)
(v)                Penerangan mesti mengandungi kata kunci
(vi)             Huraian mestilah perbuatan yang menunjukkan amalan nilai tersebut
(vii)          Semua jawapan mesti ditulis dalam ruang yang disediakan. Jawapan yang ditulis dalam A4 yang diikat bersama 
             tidak akan disemak



N1 + P1 + H1 + P2 + H2 = 5 markah

N2 + P3 + H3 + P4 + H4 = 5 markah

Wednesday, March 9, 2011

Kerja Kursus [folio] P. Moral-Pentaksiran Elemen Iltizam I225/2

http://apps2.moe.gov.my/lpm/files/spua/1225_2PC.pdf
Pentaksiran elemen iltizam dinilai berdasarkan dua  Aktiviti
Pentaksiran elemen iltizam dalam bentuk aktiviti bertujuan untuk mentaksir pengalaman, penghayatan dan keterlibatan yang bersungguh-sungguh calon dalam aktiviti yang dipertanggungjawab.

 Aktiviti 1– Tugasan Harian
(a)    Calon dikehandaki membuat tugasan seperti menulis karangan, menulis laporan hasil kerja amal, mendapatkan maklumat dari pusat sumber, membuat rencana tentang kegiatan sosial masyarakat dan lain-lain berhubung dengan pembelajaran Pendidikan Moral.
(b)   Tugasan yang diberikan hendaklah berasaskan nilai yang hendak dikesan dan dikaitkan dengan isu-isu semasa. (Mestilah masukkan sekurang-kurangnya 2 nilai moral dan digariskan).
(c)    Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan moral.
(d)   Penulisan untuk tugasan harian ini boleh dijalankan pada bila-bila masa.
(e)    Setiap tugasan mestilah dibuat pada kertas A4 dan ditulis lebih kurang 250 patah perkataan.
(f)    Calon hendaklah mendokumentasikan sekurang-kurangnya 8 hasil tugasan harian yang terbaik dan dijadikan folio.
Contoh Isu
-          isu pencemaran alam
-          isu penderaan
-          pembuangan bayi
-          masalah keruntuhan akhlak
-          masalah disiplin pelajar

Aktiviti 2 – Kerja Amal
Calon dikehandaki melibatkan diri dalam empat aktiviti Kerja Amal yang berkaitan dengan tiga bidang pembelajaran Pendidikan Moral iaitu:

BIDANG
BILANGAN AKTIVITI
Perkembangan Diri
1 aktiviti
Kekeluargaan
1 aktiviti
Alam Sekitar
2 aktiviti






Calon dikehendaki melampirkan satu sijil penghargaan /surat perakuan yang sah dan  satu gambar setiap aktiviti atau apa-apa bahan yang boleh dijadikan bukti penglibatan Kerja Amal yang telah dilakukan. Tulis laporan sahaja tidak diakui membuat kerja amal.

Contoh kerja amal:-

perkembangan diri

-aktiviti kokurikulum (sukan / persatuan)
-Pembimbing Rakan Sebaya ( mengajar kawan )
-ceriakan papan kenyataan sekolah
-membaikpulih perabot sekolah
-mengumpul bahan bacaan untuk perpustakaan
-perkhemahan
-membuat kerja bakti di rumah kebajikan
-keceriaan kelas

Bidang Kekeluargaan
-          Sambutan hari jadi – sediakan, bersihkan tempat.
-          Melancong bersama keluarga – bawa beg, sediakan makanan, aktiviti menyediakan  tapak berkelah
-          Sambutan hari ibu bapa – sediakan kek, tempat dll
-          Majlis perkahwinan
-          Membantu anggota keluarga membuat kerja rumah
Contoh: bersihkan rumah, bersihkan pinggan mangkuk

Alam Sekitar
-          Gotong Royong
-          Kitar semula
-          Menceriakan / mengindahkan / mencantikkan kawasan kediaman .
-          Memelihakan & memulihkan taman mini sekolah
-          Membersihkan taman rekreasi

Kerja-kerja amal lain yang memberi kebaikan untuk kepentingan keluarga dan masyarakat.

Cara Menyediakan  Penilaian Folio
(a) Pendokumentasian folio mesti mengikut cara berikut:
 (i) Kulit folio
    Kerja kursus Pendidikan Moral SPM (1225/2) Tahun _
    Nama:
    Nombor Kad Pengenalan:
    Angka Giliran:
(ii)Isi kandungan  [ muka surat 1]
           -Tajuk Tugasan [8]
           -Tajuk Aktiviti [4]


Format Peperiksaan Pendidikan Moral SPM Kertas 1 ( 1225/1 )

Jenis instrument
Ujian bertulis

Jenis item
Subjektif

Bahagian A - struktur
Bahagian B – esei

Bilangan soalan
Bahagian A – 8 soalan (jawab semua)
Bahagian B – 3 soalan (jawab 2)

Jumlah markah
Bahagian A – 80
Bahagian B – 20

Jumlah - 100
Tempoh ujian
2 jam 30 minit

Konstruk
Pengetahuan dan kefahaman 32%
Kemahiran 68%

Cakupan konteks
Mencakupi semua bidang pembelajaran dari tingkatan 4 dan 5