Wednesday, May 11, 2011

Program Remaja Sihat

KERTAS CADANGAN
PROGRAM REMAJA SIHAT TAHUN 2011

1.0         PENDAHULUAN

Persatuan Penjagaan Komuniti Agape Malaysia merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bukan bermotif keuntungan (Non profit organization).  Sukarelawan persatuan terdiri daripada golongan profesional, suri rumah tangga, termasuk juga golongan yang bersara.  Dengan bantuan daripada masyarakat membolehkan persatuan ini memberi perkhidmatan kepada golongan pelajar di sekolah.  
Remaja adalah pemimpin masa hadapan dan aset paling berharga bagi sesebuah negara. Remaja mencerminkan masa depan bangsa sama ada terus bermaruah atau tergadai kembali dijajah. Persatuan Penjagaan Komuniti Agape Malaysia memahami hakikat ini dan bersedia menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelajar seperti pengajaran nilai-nilai moral, ceramah motivasi, tayangan wayang, lawatan sambil belajar dan kem
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan Dan Kaunseling, SMK Tun Mutahir, Melaka dan Panitia Pendidikan Moral, SMK Tun Mutahir, Melaka dengan kerjasama Persatuan Penjagaan Komuniti  Agape Malaysia akan menganjurkan satu program khas buat remaja dan belia Cina iaitu Program Remaja Sihat.

2.0       MATLAMAT
Melahirkan remaja yang berkualiti dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.0       OBJEKTIF
1.      Memberikan pendedahan tentang kehidupan dan mengaplikasikan dalam kehidupan mereka.
2.      Menyedarkan remaja akan kebenaran antara percintaan dan hubungan seks.

4.0       SASARAN
100 orang murid Cina

5.0       TARIKH, HARI DAN MASA
Tarikh             : 12 Mei 2011 (Khamis)
Masa              : 9.00 pagi – 1.10 petang


6.0       TEMPAT
Dewan SMK Tun Mutahir
Gelanggang Bola Keranjang

7.0       PENGANJUR
Unit Bimbingan Dan Kaunseling, SMK Tun Mutahir, Melaka  dan Panitia Pendidikan Moral, SMK Tun Mutahir, Melaka dengan kerjasama pihak Persatuan Penjagaan Komuniti Agape, Malaysia.

8.0       SUMBER PENDAPATAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk lampiran A

9.0       INPUT
Ceramah dan Bengkel

10.0    JAWATANKUASA
Sila rujuk lampiran B

11.0    JADUAL TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran C

12.0    PENUTUP  
            Semoga program untuk remaja dan belia Cina ini dapat dijalankan dengan lancar. Dengan berakhirnya program diharapkan hasrat untuk memperbaiki sahsiah dan melahirkan remaja berkualiti dalam semua aspek rohani dan jasmani dapat dicapai dengan jayanya.

Disediakan oleh,                                                             Disahkan oleh,


.....................................                                                    ..........................................................
(ABBY LIM SZE CHIA)                                                  (HAJI ZOLKAPLY BIN YUNUS)
Setiausaha,                                                                    Pengetua,            
Program Remaja Sihat,                                                SMK Tun Mutahir
SMK Tun Mutahir                                               Batu Berendam,Melaka
Batu Berendam,Melaka
LAMPIRAN A

PENYATA KEWANGAN PROGRAM REMAJA SIHAT 2011

ANGGARAN PENDAPATAN

1. Peruntukan Kegiatan Pendidikan Moral (SUWA)     RM 465.00


                                                                                                Jumlah
RM465.00


ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Slot Ceramah dan Bengkel                                    RM  150.00                                                                                            
2. Makan dan Minum untuk murid dan pihak Agape
·       Minum pagi (105 x RM3.00)                             RM 315.00                                                           


                                                                                                Jumlah
RM465.00



LAMPIRAN B

JAWATANKUASA PROGRAM  REMAJA SIHAT TAHUN 2011

Penasihat                               : Tn Haji Zolkaply bin Yunus (Pengetua SMKTMu)                                 
Pengerusi                              : En Ghafar bin Yahya (GPK HEM SMKTMu)
Naib Pengerusi 1                  : Pn Hjh Kamariah Bt Hj Othman (GPK 1 SMKTMu)
Naib Pengerusi 2                  : Encik Muhammad Radhi bin Masah (GPK KoKurikulum)
Naib Pengerusi 3                  : Ustaz Haji Sajat Bin Ahmad (GPK Pendidikan Khas)
Naib Pengerusi 4                  : Pn Manja Bt Md. Doli (GPK Petang)
Penyelaras                             : Pn Lim Lay Neo (GKMP Kemanusiaan)
Setiausaha                            : Cik Abby Lim Sze Chia (Guru B&K)                      
Naib Setiausaha                   : Pn Lim Kim Chu (Guru Panitia Pendidikan Moral)
Bendahari                              : Pn Yong Yoke Mee
Dokumentasi                        : Cik Abby Lim Sze Chia
Makanan & Minuman            : Pn Chu Shi Harn
                                                  Pn Pang Fuie Shee
                                                  Pn Li Zhen Ying
Fotografi                               : Cik Joyce Tan Pei Yong
                                                  Pn Yong Siok Fang
P.A. Sistem & Siaraya         : Cik Aniha Bte Ahmad
                                                  Cik Nurul Ezzah Roslan
Kawalan Disiplin                   : En Chong Nyong Soon
Blog                                        : Cik Sadiah Bte Kamar         









JAWATANKUASA KERJA PROGRAM  REMAJA SIHAT TAHUN 2011

Bil
Nama
Jawatankuasa
Perincian Tugasan
1.
Cik Joyce Tan Pei Yong
Pn Yong Siok Fang
Fotografi
 Mengambil gambar semasa program berjalan.
2.
Cik Abby Lim Sze Chia
Dokumentasi
Menghasilkan laporan bergambar selepas program dijalankan.
3.
Pn Chu Shi Harn
Pn Pang Fuie Shee
Pn Li Zhen Ying
Makanan & Minuman
Menempah makanan dan minuman.
4.
Cik Aniha Bte Ahmad
Cik Nurul Ezzah Roslan
P.A. Sistem & Siaraya
·      Menyediakan P.A Sistem, siaraya dan LCD projektor sebelum program dijalankan.
·      Memastikan P.A. Sistem dan LCD projektor dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
5.
En Chong Nyong Soon
Kawalan Disiplin
Mengawasi disiplin murid sepanjang program berjalan.
6.
Cik Sadiah Bte Kamar
Blog
Menyampaikan maklumat di blog sekolah.
 
LAMPIRAN C

JADUAL TENTATIF PROGRAM  REMAJA SIHAT TAHUN 2011

9.00 am - 10.00 am              :  Ceramah
10.00 am - 10.30 am            :  Rehat
10.30 am - 12.00 pm            :  Ceramah
12.00 pm - 1.00 pm              :  Bengkel / Bersurai

Tuesday, March 15, 2011

Perancangan Perbelanjaan

SMK TUN MUTAHIR}
 75350 BATU BERENDAM, MELAKA
PERANCANGAN PERBELANJAAN PANITIA: PENDIDIKAN MORAL
TAHUN:2011
PERUNTUKAN: RM 2345.10 (PCG)
PENERIMAAN
PERBELANJAAN

TAIRIKH
PERIHAL
AMAUN
TARIKH
PERIHAL

AMAUN
31/12/2010
Baki 2010
138.30
Jan 2011
Kertas A4[10 rim]

80.00
Jan 2011
Peruntukan 2011
2345.10
Mac 2011
Artline ink refill
 [36 botol]
180.00



Mac 2011
 Catridge printer Canon[1]
130.00



Mac 2011
Poket fail ( 160)

96.00



Mac 2011
Kertas mahjung  [100 helai ]
50.00




Hadiah untuk program “student reward”
200.00




Bahan fotostat latihan ( ting1- 3 )
300.00




Latih tubi (ting 4&5)

300.00




Modul latih tubi SPM ting 5
500.00




Hadiah/cenderahati Program@ aktiviti moral
520.00
















BAKI
127.40

JUMLAH
2483.40

JUMLAH

2483.40
Disediakan oleh:PN LIM KIM CHU
KETUA PANITIA/UNIT : PENDIDIKAN MORAL

Thursday, March 10, 2011

Teknik Menjawab Soalan PeperiksaanPendidikan Moral SPM


Soalan Struktur

Contoh bentuk soalan:
(i)            Nyatakan/berikan/tuliskan/catatkan nilai
                - 1 nilai diberi 1 markah
                Syarat: Nilai yang ditulis mesti betul dari segi ejaan dan susunan kata.

(ii)           Huraikan/terangkan/jelaskan nilai
-       Terpulang kepada jumlah nilai yang ditanya dan markah yang diperuntukkan dalam soalan.
Syarat: Nilai harus betul, jika tidak, keseluruhan jawapan adalah salah.

Contoh 1: Terangkan 2 nilai……(6markah)
                        1 N + 1 P + 1 H
                        1 N + 1 P + 1 H

                P = penerangan yang mengandungi kata kunci
                H = penerangan kepada contoh amalan nilai
               
               
Contoh 2: Jelaskan 1 nilai….(3markah)
                         1 N +  1 P + 1 H
Contoh 3: Terangkan 3 nilai….(6markah)
                        1 N +  1 P
                        1 N +  1 P
                        1 N +  1 P

Contoh 4: Huraikan 2 nilai….(4markah)
                        1 N +  1 P
                        1 N +  1 P
                      
(iii)          soalan yang berkaitan dengan maksud /definisi nilai.
                Contoh: Berikan maksud nilai (a) di atas.
                Syarat: Pemarkahan terpulang kepada jumlah kata kunci nilai tersebut.

(iv)           contoh soalan yang berkaitan dengan isi kandungan akademik.
Contoh: berikan /jelaskan kesan/akibat/langkah-langkah/cara-cara/faktor-faktor/tindakan/perkara/peranan/aktiviti

·          Berikan – hanya tuliskan kesan/akibat sahaja
·          Jelaskan/terangkan – tuliskan jawapan dan diikuti dengan penerangan


(B)   Peringatan

(i)                     Nilai mesti ditulis dengan tepat
(ii)                    Ejaan mesti betul
(iii)                  Penambahan dan pengguguran imbuhan tidak dibenarkan
(iv)                  Singkatan kata dalam nilai tidak diterima
(v)                   Jangan menggunakan perkataan ’tidak’ di hadapan nilai
(vi)                  Mesti tulis ayat yang lengkap.
(vii)               Jika soalan berbunyi : jelaskan dua nilai yang harus/mesti/patut......maka jawapan mesti berbunyi,              
                  [         ] harus/mesti/patut mengamalkan nilai.[                ].
(viii)             Penerangan yang tidak mengandungi kata kunci tidak diberi markah.
(ix)               Calon dibenarkan menulis satu jawapan lebih bagi setiap soalan yang ditanya.


Soalan Esei

Peringatan

(i)                  jawapan harus ditulis dalam satu perenggan sahaja
(ii)                jangan senaraikan nilai
(iii)             jawapan yang dikehendaki meliputi 2 nilai, 4 penerangan dan 4 huraian sahaja.
(iv)              Calon boleh menulis 3 nilai (maksimum)
(v)                Penerangan mesti mengandungi kata kunci
(vi)             Huraian mestilah perbuatan yang menunjukkan amalan nilai tersebut
(vii)          Semua jawapan mesti ditulis dalam ruang yang disediakan. Jawapan yang ditulis dalam A4 yang diikat bersama 
             tidak akan disemak



N1 + P1 + H1 + P2 + H2 = 5 markah

N2 + P3 + H3 + P4 + H4 = 5 markah