KERTAS CADANGAN
PROGRAM REMAJA SIHAT TAHUN 2011
1.0 PENDAHULUAN
Persatuan Penjagaan Komuniti Agape Malaysia merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bukan bermotif keuntungan (Non profit organization). Sukarelawan persatuan terdiri daripada golongan profesional, suri rumah tangga, termasuk juga golongan yang bersara. Dengan bantuan daripada masyarakat membolehkan persatuan ini memberi perkhidmatan kepada golongan pelajar di sekolah.
Remaja adalah pemimpin masa hadapan dan aset paling berharga bagi sesebuah negara. Remaja mencerminkan masa depan bangsa sama ada terus bermaruah atau tergadai kembali dijajah. Persatuan Penjagaan Komuniti Agape Malaysia memahami hakikat ini dan bersedia menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelajar seperti pengajaran nilai-nilai moral, ceramah motivasi, tayangan wayang, lawatan sambil belajar dan kem
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan Dan Kaunseling, SMK Tun Mutahir, Melaka dan Panitia Pendidikan Moral, SMK Tun Mutahir, Melaka dengan kerjasama Persatuan Penjagaan Komuniti Agape Malaysia akan menganjurkan satu program khas buat remaja dan belia Cina iaitu Program Remaja Sihat.
2.0 MATLAMAT
Melahirkan remaja yang berkualiti dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
3.0 OBJEKTIF
1. Memberikan pendedahan tentang kehidupan dan mengaplikasikan dalam kehidupan mereka.
2. Menyedarkan remaja akan kebenaran antara percintaan dan hubungan seks.
4.0 SASARAN
100 orang murid Cina
5.0 TARIKH, HARI DAN MASA
Tarikh : 12 Mei 2011 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 1.10 petang
6.0 TEMPAT
Dewan SMK Tun Mutahir
Gelanggang Bola Keranjang
7.0 PENGANJUR
Unit Bimbingan Dan Kaunseling, SMK Tun Mutahir, Melaka dan Panitia Pendidikan Moral, SMK Tun Mutahir, Melaka dengan kerjasama pihak Persatuan Penjagaan Komuniti Agape, Malaysia.
8.0 SUMBER PENDAPATAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk lampiran A
9.0 INPUT
Ceramah dan Bengkel
10.0 JAWATANKUASA
Sila rujuk lampiran B
11.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM
Sila rujuk lampiran C
12.0 PENUTUP
Semoga program untuk remaja dan belia Cina ini dapat dijalankan dengan lancar. Dengan berakhirnya program diharapkan hasrat untuk memperbaiki sahsiah dan melahirkan remaja berkualiti dalam semua aspek rohani dan jasmani dapat dicapai dengan jayanya.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
..................................... ..........................................................
(ABBY LIM SZE CHIA) (HAJI ZOLKAPLY BIN YUNUS)
Setiausaha, Pengetua,
Program Remaja Sihat, SMK Tun Mutahir
SMK Tun Mutahir Batu Berendam,Melaka
Batu Berendam,Melaka
LAMPIRAN A
PENYATA KEWANGAN PROGRAM REMAJA SIHAT 2011
ANGGARAN PENDAPATAN | |
1. Peruntukan Kegiatan Pendidikan Moral (SUWA) RM 465.00 | |
Jumlah | RM465.00 |
ANGGARAN PERBELANJAAN | |
1. Slot Ceramah dan Bengkel RM 150.00 2. Makan dan Minum untuk murid dan pihak Agape · Minum pagi (105 x RM3.00) RM 315.00 | |
Jumlah | RM465.00 |
LAMPIRAN B
JAWATANKUASA PROGRAM REMAJA SIHAT TAHUN 2011
Penasihat : Tn Haji Zolkaply bin Yunus (Pengetua SMKTMu)
Pengerusi : En Ghafar bin Yahya (GPK HEM SMKTMu)
Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Kamariah Bt Hj Othman (GPK 1 SMKTMu)
Naib Pengerusi 2 : Encik Muhammad Radhi bin Masah (GPK KoKurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Ustaz Haji Sajat Bin Ahmad (GPK Pendidikan Khas)
Naib Pengerusi 4 : Pn Manja Bt Md. Doli (GPK Petang)
Penyelaras : Pn Lim Lay Neo (GKMP Kemanusiaan)
Setiausaha : Cik Abby Lim Sze Chia (Guru B&K)
Naib Setiausaha : Pn Lim Kim Chu (Guru Panitia Pendidikan Moral)
Bendahari : Pn Yong Yoke Mee
Dokumentasi : Cik Abby Lim Sze Chia
Makanan & Minuman : Pn Chu Shi Harn
Pn Pang Fuie Shee
Pn Li Zhen Ying
Fotografi : Cik Joyce Tan Pei Yong
Pn Yong Siok Fang
P.A. Sistem & Siaraya : Cik Aniha Bte Ahmad
Cik Nurul Ezzah Roslan
Kawalan Disiplin : En Chong Nyong Soon
Blog : Cik Sadiah Bte Kamar
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM REMAJA SIHAT TAHUN 2011
Bil | Nama | Jawatankuasa | Perincian Tugasan |
1. | Cik Joyce Tan Pei Yong Pn Yong Siok Fang | Fotografi | Mengambil gambar semasa program berjalan. |
2. | Cik Abby Lim Sze Chia | Dokumentasi | Menghasilkan laporan bergambar selepas program dijalankan. |
3. | Pn Chu Shi Harn Pn Pang Fuie Shee Pn Li Zhen Ying | Makanan & Minuman | Menempah makanan dan minuman. |
4. | Cik Aniha Bte Ahmad Cik Nurul Ezzah Roslan | P.A. Sistem & Siaraya | · Menyediakan P.A Sistem, siaraya dan LCD projektor sebelum program dijalankan. · Memastikan P.A. Sistem dan LCD projektor dalam keadaan baik dan boleh digunakan. |
5. | En Chong Nyong Soon | Kawalan Disiplin | Mengawasi disiplin murid sepanjang program berjalan. |
6. | Cik Sadiah Bte Kamar | Blog | Menyampaikan maklumat di blog sekolah. |
LAMPIRAN C
JADUAL TENTATIF PROGRAM REMAJA SIHAT TAHUN 2011
9.00 am - 10.00 am : Ceramah
10.00 am - 10.30 am : Rehat
10.30 am - 12.00 pm : Ceramah
12.00 pm - 1.00 pm : Bengkel / Bersurai
No comments:
Post a Comment