Monday, January 31, 2011

Jadual penggubal soalan

Jadual Penggubal Soalan Panitia Moral Tahun 2011
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir, Melaka
Ujian


Tingkatan

UB1
7/3-11/3
Pertengahan Tahun
16/5-27/5
UB2
25/7-29/7
Akhir Tahun
T.1,2,4-17/10-21/10
31/10-4/11


1
Khoo Ah Seng

1 jam
Lee Kok Kong
1 jam

Khoo Ah Seng
1 jam
Lee Kok Kong
1 jam

2
Norhafizah Ismail
1 jam
Norhayati Adha kamarudin
1 jam
Yong Yoke Mee
1 jam
Yen Yeok Fern
1 jam


3
Nurul Ezzah Roslan
1 jam
Li Zhen Ying
1 jam




-
Percubaaan PMR      8/8-12/8
Nurul Ezzah Roslan
1 jam

4
Aniha Ahmad
1 jam
Aniha Ahmad
2 jam
LKC
1 jam
LKC
2 ½ jam

5
 LKC
1 jam
LKC
Norhafizah Ismail
2 ½ jam

Aniha Ahmad
1 jam


Percubaan SPM     12/9-30/9
Aniha Ahmad
2 ½  jam


1.      Guru dikehendaki membuat soalan dan analisis item mengikut nisbah 5:3:2
      [5 Rendah,3 Sederhana, 2 Tinggi]
2.      Soalan Menengah rendah merangkumi 30 soalan objektif [60%] dan soalan
      struktur 40%.
3.       Soalan Menengah atas mengikut format soalan SPM yang terdiri daripada soalan struktur dan esei.
                                                                                                                                                    


Sunday, January 30, 2011

Kad Tahun Baru Cina 2011

Guru Dihormati, Murid Disayangi
Pelajar pelajar moral SMK Tun Mutahir telah mereka cipta kad Tahun Baru Cina untuk menyuarakan isi hati kepada guru yang dihormati.
~~ Semoga semua guru SMK Tun Mutahir mendapat berkat sempena Tahun Arnab 2011~~
  Terima kasih kepada semua guru yang menjayakan program ini  dan tahniah kepada semua pemenang kad  Harap mereka akan berjaya dalam semua bidang yang mereka ceburi.
































Pelan Taktikal Panitia Pendidikan Moral Tahun 2011

                                          

ISU STRATEGIK
MATLAMAT STRATEGIK
 Keputusan akademik yang belum mencapai tahap cemerlang khususnya dalam peperiksaan awam.



 Pelajar dapat menguasai teknik menjawab soalan yang menepati kehendak soalan      dan pemarkahan SPM.


OBJEKTIF
1.Memberi pendedahan kaedah menjawab soalan yang betul dan tepat mengikut format SPM.                                
 2.Meningkatkan kualiti  dan kuantiti prestasi Pendidikan Moral SPM.
PERINGKAT BIDANG – UNIT PANITIA PENDIDIKAN MORAL




KPI
Sasaran
(2011-2015)
Strategi
(C/TOWS matriks)
Pelan Taktikal

Tov


2011

2012

2013

2014

2015

% A1 &A2
SPM

26.5%

27.8%

28.5%

29.3%

30.5%

31.5%
Strategi A

PT 1,PT 2,PT 3,PT 4
Meningkatkan prestasi pencapaian
 Pendidikan Moral SPM
% Lulus
SPM

75.5%
76.5%
77.5%
78.5%
79.5%
80.5%


















Bil
Pelan Taktikal (PT)
Tanggungjawab
Tempoh
Kos/
Sumber
KPI
Output/
Hasil
Pelan Kontigensi
Catatan/
Status

Strategi A







1.
Pembelajaran rakan sebaya pendidikan Moral
Guru-guru kelas tingkatan 4 dan 5
.
Februari hingga Oktober
(PCG Moral)

100 % pelajar menguasai kemahiran belajar.
Perbincangan bersama rakan-rakan sekelas

2.
Klinik Mesra
Guru Kaunseling
Ketua Panitia
Mengikut
kesesuaian
masa pelajar
(sepanjang tahun)
Tiada

Pelajar yang mendapat markah kurang
20 % pada peperiksaan akhir tahun dapat meningkatkan kepada 30 % - 40 %
Latih tubi oleh guru mata pelajaran di dalam kelas

3.
Teknik menjawab soalan.





Kaunselor dan Ketua Panitia
11/2 jam
(PCG Kaunseling dan PIBG)
Bilangan dan peratusan pelajar mendapat A dan lulus dalam SPM meningkat.
75.5% lulus,
26.5%
Cemerlang SPM
-Taklimat
-Bengkel

.



MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL KALI 1/2011


SENARAI NILAI MORAL DAN DEFINISI/PENERANGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL



1 Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

2 Amanah
Sikap bertanggungjawab
yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

3 Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

4 Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

5 Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.

6 Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

7 Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

8 Kerajinan
Usaha yang berterusan
penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

9 Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

10 Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.


11 Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

12 Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

13 Kasih sayang terhadap keluarga
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

14 Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis.

15 Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga.

16 Tanggungjawab terhadap keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.

17 Menyayangi dan menghargai alam sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

18 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

19 Kemapanan alam sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

20 Peka terhadap isu-isu alam sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.


21 Cinta akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan Negara melebihi kepentingan diri.

22 Taat Setia kepada Raja dan Negara
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.

23 Sanggup berkorban untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk Negara.

24 Melindungi hak kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.

25 Menghormati hak wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

26 Melindungi hak pekerja
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

27 Menghormati hak golongan kurang berupaya
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.

28 Melindungi hak pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.

29 Mematuhi peraturan dan undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

30 Kebebasan bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

31 Kebebasan beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

32 Penglibatan diri dalam pembangunan Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

33 Sikap keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.

34 Hidup bersama secara aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

35 Saling membantu dan bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

36 Saling menghormati antara Negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.




Saturday, January 29, 2011

Carta Organisasi Panitia Pendidikan Moral Tahun 2011


PENGETUA
(Pengerusi)
HJ ZOLKAPLY BIN YUNUS



GPK 1
(HJH KAMARIAH BT HJ OTHMAN)



KETUA BIDANG SAINS SOSIAL
(penyelaras)
PN. LIM LAY NEO


KETUA PANITIA
PN. LIM KIM CHU


SETIAUSAHA
CIK ANIHA AHMAD


AHLI

PN YEN YEOK FERN
PN YONG YOKE MEE
EN KHOO AH SENG
EN LEE KOK KONG
PN LI ZHEN YING
CIK NURUL EZZAH ROSLAN
CIK NURHAYATI ADHA KAMARUDIN
CIK NORHAFIZAH BT ISMAIL

NILAI-NILAI MURNI PENDIDIKAN MORAL (SEMAKAN)




BIDANG PEMBELAJARAN:


PERKEMBANGAN DIRI


KEKELUARGAAN


ALAM SEKITAR


PATRIOTISME


HAK ASASI MANUSIA


DEMOKRASI


KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

VISI DAN MISI


VISI
  
  • Membimbing pelajar mencapai keseimbangan dan seterusnya kecemerlangan dalam akademik dan akhlak menerusi penerapan nilai-nilai murni.

 MISI

  • Mendedahkan pelajar kepada pelbagai sumber maklumat berkaitan amalan nilai –nilai murni untuk dijadikan panduan.
  
  • Menyemai rasa dan sikap bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan alam sekitar.

  • Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang bertujuan mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang bangsa.